Segmen Siapa Paling Jujur

Ohhoho , hari ini aku nak join lagi satu contest . huhu . siapa nak join ? klik SINI kay .. 


http://3.bp.blogspot.com/-a2W5lL6hTI4/UL4ZpHj0ZoI/AAAAAAAAGz0/TsqQeW-Muak/s320/jujur.jpg
*Follow Owner(BLOG) ,selesai.
*Follow Blog(Rakan Owner) , selesai.
*Follow Sponsor,selesai.
*Like Fanpage,selesai.
*Mangsa tag , Pedot
Facebook saya , :) SINI

Dia ada bagi soalan dan kitorang kena jawab dengan JUJUR , Cool dan gila gila honest.Jom tengok soalan dia . 
  1. apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang :
    Eh, gila tak marah,tu baju yang aku sayang tu . Heh , tapi mungkin aku akan sabar kalau mak bapak budak tu ada dekat depan aku.TAPI ! Kalau dia tak minta maaf , memang aku cari dia sampai dapat.
  2. pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar :
    Soalan yang memang senang nak jawab , series , mestilah pernah.Hahaha,tapi selalunya kentut berbunyi ni tak bau sangat tak macam kentut tak berbunyi baunya kuat dan ianya MISTERI.
  3. pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan :
    Pernah waktu kat sekolah , time darjah 4 ke 5,tak ingat . haha , waktu tu cikgu takde dekat kelas jadi kitorang enjoy.Kawan aku main dekat belakang kelas , aku duduk kat meja korek hidung,akhirnya terkantoi dengan kawan.Bila diingatkan balik alahai , tak maturednya aku waktu tu.
  4. bila kali terakhir you menangis ? sertakan bila masanya tu dan sebab apa :Waktu dapat tahu cikgu nak pindah,sedihnya aku,nasib baik aku dapattahu cikgu pindah melalui Facebook kalau tidak buat malu je aku nangis kat sekolah , aku nangis tu dalam pukul , tak pasti mungkin 4,5 atau 6 tapi aku pasti petang.
  5. mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you :
    Huhu,bila diingatkan balik waktu aku tabika,aku masih takde kereta , Jadi aku pergi sekolah memang bapa I hantar ke tabika,kadang kadang mak I hantar*k,gedik*.Act,bapa I waktu tu ada motor baru,tapi ada pula penyangak yang curi motor bapa aku,jadi nasib baik ada arwah pakcik aku bagi abah aku motor,nak jadikan cerita  satu haritu , Abah aku hantar aku ke tabika , ada pula kawan aku yang bernama PUTRA , duduk dekat depan pintu pagar,kebetulan waktu tu dia paling kaya , dia nampak abah aku hantar aku , then dia kata "Hahahaha, Naik moto je ke ? kenapa buruk sangat motor tu tengok bapak aku ada kereta Gen 2". Putra memang terkenal dengan keangkuhan dan kesombongan dia , dah lah tak pandai poyo pulak tu.Jadi aku selalu ejek SiPut . hehe *jahatkan aku*
  6. berapa berat badan you sekarang :
    Alahai ini pun nak tanya.haha , kaylah , cuba tengok gambar aku kat sidebar tu , nampak tembam kan , tipu lah kalau berat aku cuma 30kg lebih je.haha . kay berat aku 40kg lebih XD
  7. ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa :
    Aku akan masuk bilik,hempas pintu , kunci pintu dan nangis , jujurlah , aku benci nak pukul pukul orang,aku lebih suka menangis.dengan menangis aku rasa diri aku lagi tenang dari menumbuk orang.
  8. matapelajaran paling k.o masa sekolah :
    Argghh ! Dengan bangga dan jujurnya aku kata , subjek yang paling memusuhi aku , subjek SAINS . grrr , aku pun sedih kenapa SAINS asyik tak suka aku . huhu . T.T
  9. adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan :
    Series pernah , pernah bertekak , pernah bergaduh , tapi seperti yang aku katakan , aku tak suka bertumbuk . cara aku lepaskan geram , aku tak keluar rehat dan langsung tak bercakap dengn dia selama satu bulan , mungkin setahun dan mungkin selamanya .
  10. orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama) :
    Haha , soalan maut , nasib baik tak payah letak nama , haha .Kaylah , waktu tu darjah 3.Sekolah Rendah AGama.Hehehe , nama rahsia . :P
  11. you pertama kali couple masa umur berapa :
    Jawapan yang ringkas dan mudah faham , I tak pernah COUPLE , DOSA !
  12. berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila :
    Kan dah kata , tak pernah .. -.-
  13. last you putus sebab apa :
    Ya Allah , kenapa tak paham bahasa . orang dah kata tak pernah tak pernah lah . Grrrr ~ *Ceh emoo*
  14. adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa :
    Gila tak pernah , mestilah pernah . huhu , tapi tak ingat lah sebab apa , mungkin sebab I tak hormat dia , huhu rasa menyesal ..
  15. bila dok sorang sorang , ape mesti you buat :
    Aku akan termenung , dan tengok orang sekeliling. Tak minat heh aku nak dengar lagu apa semua .
  16. keputusan upsr you :
    Keputusan ? wau terperinci dia tanya . haha . Kaylah, Aku takdelah pandai sangat macam sesetengah orang.dan aku pemalas baca buku , aku malas semuanya . AKU BUKAN SUKA SANGAT BACA BUKU DOK MENGHADAP BUKU 24/7 .haha . Aku selalunya dapat 3A2B , 2A3B.dan waktu percubaan UPSR aku dapat 1A,4B.Grrrr , gila seram waktu tu . haha . tapi alhamdulillah walaupun keputusan aku tak gempak , aku dapat juga 4A 1B , alhamdulillah ..
  17. you nak kawen masa umur berapa dan kenapa :
    ohh , itu tak fikir lagi . Aku cuma fikir nak kumpul dulu duit , enjoy dulu dengan duit sendiri , nak beli apa yang kita nak baru boleh fikir pasal kahwin,dan waktu tu barulah terjamin masa depa keluarga . ececeh .
  18. you selalu berangan tentang ape :
    Jadi jutawan , haha . Aku selalu fikir , kalau jadi jutawan aku boleh beli macam macam , tapi aku tak pernah pula aku fikir tentang mati sedangkan yang paling dekat dengan kita adalah Mati . Itulah kita sekarang mudah terpedaya dengan tipu daya SYAITAN . hmmm..
  19. perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you :
    Abang selalu marah marah , dan benci aku . aku memang tak suka hidup kalau macam tu , aku nak abang yang selalu faham perasaan aku. :( * muka sedih*
  20. perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you :
    Hmm , perkara yang paling aku suka waktu aku darjah 5 , waktu tu aku rasa iman aku kental, aku solat penuh,banyak puasa sunat . Entahlah tapi aku sejak darjah enam solat aku ayik tertinggal,puasa sunat hmm , adalah sekali dua . Waktu darjah 5 sajalah aku merasa semua tu , dan aku harap tahun depan aku akan jadi macam aku darjah 5.insya'Allah . amin .. doakan aku ya :D
  21. blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia :
    Ayeem Ayam , huhu sebab blog dia best cantik menarik tertarik dia memang deboom . haha Walaupun ada unsur 18sx tapi aku suka blog dia , cuba korang tengok sendiri , tapi dia dah tak aktif , dia suka menggunakan Adobe Flash . :D
  22. sesuatu yang you tak suka bila blogwalking :Ada blog yang takde Cbox,dan takde button follow kat situ . AKu nak dia follow balik*ceh batak followers*
  23. mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook :Waktu aku darjah 5, waktu tu aku tergerak hati nak buat sebab tengok abang aku semua dah ada jadi aku pun nak juga . XD
    24.you selalu bangun tidur pukul berapa :
     Tengoklah , kalau dah solat subuh I tidur balik , kadang solat subuh pun I tak buat . aihh , teruk teruk , yelah.. manusia mesti pernah tinggal solat punya . :) mudah mudahan aku berubah satu hari nanti ,
hope tahun depan aku berhijrah .. aminn

    25.kritikan terhadap blog saya :
       Blog yang cantik ringkas , simple , warna yang menenangkan ,Gabungan warna lelaki dan perempuan (Biru dan pink) Ilikee , semoga menjadi blogger yang berjaya :D

Alhamdulillah , selesai menjawab . harap menang aminn .. XD




Tiada ulasan: