Denggi Part : One

Assalamualaikum

Music everywhere 🎶
Phiew Phiew. Lama tak mengupdate. Memang sejak sekian lama ni rasa macam malas nak buka blog dan update. Sebab rasa macam dah tak meriah macam dulu. Otak rasa sempit , dan jiwa rasa ZZzZ . Kay harap korang faham.

First of all, thank you kepada yang buka blog ni dan baca entri kali ni. Terima Kasih . Okay ...
Today , 2 Disember 2014 . Genap setahun dalam masihi aku merasai denggi. Yeah . Denggi ? Yes , DENGGI . Virus yang dibawa oleh nyamuk yang baru lepas dari penjara tu (Belang Hitam Putih) .

2 Disember 2013 , dalam pukul 11 pagi aku tak sedar sedarkan diri( Tidur bukan MATI), mak dah mula berleter ceh walhal pagi tu aku sedar dah pergi tandas ... rasa badan dah start sejuk sejuk kaki memeng jangan cerita , memang bila terasa angin kipas memang menggigil . waktu tu memang aku bersyukur kat rumah takde aircond. Yeah , kalau tak mahu membiru aku kat katil. Kan ? Kan ?

Okay then , lepas dengar mak leter leter aku pun celik kan mata yang tak berapa boleh nak celik , waktu tu TAK PENING hokeh, cuma sejuk. Turun katil terus pi Mandi . Grrrrrrrr Gigil gigil duk jirus air ke badan. Lepaih mandi memang terus rasa pening.. Siap sarung pakaian jamah nasi terus baring , waktu tu kepala rasa heavy gila. Macam ada spring ada beras 1 kilo kat kepala, waktu tu rasa heh takkan nasi yang aku makan tadi tu jumlahnya satu kilo dah naik kat kepala. haish musykil ni. HAHAHAHA LOL okay tu tipu.. . Memang berselimut je, pastu mak tanya, nak demam ke ? Ittew balas "Entahlah." .. then , mak rasa kepala  ""{PANAS}""

Mak suruh pi baring , dan apa yang bestnya, takyah jaga budak , sebab mak memang jaga budak, jadi bila cuti aku juga tolong mak jaga depa suma, so then waktu haritu aku dapat MC untuk takyah jaga depa... angah yang kena . Yeay Seronok !.......... Kay Mood sakit balik. Aku baring je dalam bilik gelap. Then abah balik kata tak makan panadol ke? Euwww Aku mana suka nak telan pil besar besar cenggitu,. so aku ambil inisiatif untuk diam. Hehe harap abah faham.

Then abah bawa air masuk bilik dengan peluru besar , PANADOL.Hmm nak taknak kena telan jugak. So then malam suhu badan makin panas , abah suruh mak bawa gi klinik. Bila gi Klinik memang lalu kedai burger , mak beli lah burger kut kut aku ada selera nak makan ke kan . Tapi for the first time aku tak makan burger yang mak beli. HAHAHA tapi sila faham yang DIET bukan alasannya akan tetapi TAK LALU. Aku bagi burger tu kat angah ;) Baik kan aku ? Tuih ...

Sampai klinik biasalah, penuh padahal dah pukul 10.30 , ramai nau org . Hmm kepala makin pening, aku standard bila demam aku paling mlas nak menunggu dahlah kerusi kecik takde tempat nak letak kepala memang aku selamba badak je ambik sampai tiga kerusi baring, kay aizat kau tak senonoh. HAHA

Masuk bilik doktor, doktor kata tempt aku dah 38 .. Agak tinggi , ceh memang tinggi pun, doktor kata dalam tiga hari kalau tak kebah dtg balik ambil ujian darah. Sokayy , then balik. Balik Balik mak kasi ubat demam, tapi pil demam yang ni kecik kalau ikutkan saiz , memang sennag je masuk tekak cuma aku takleh nak layan pil besar gedeng such as panadol. Bila makan terus aku lueh kan balik. HAHA euwww , mak kata esok je makan ubat. OKAY then , terus tidur.

Apa yang peliknya demam kali ni memang mata sakit , gigil lain macam dan ubat takleh masuk langsung ( Tapi aku rasa pasal aku tak makan ) untuk PART ONE .......

Bersambung ..........